
SANDAKAN: Tiga individu disyaki penagih dadah ditahan polis Kinabatangan semasa operasi bersepadu di Kilometer 65 Jalan Sandakan-Lahad Datu, pada Khamis.
Ketua Polis Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, seramai 23 orang diperiksa sepanjang operasi berkenaan.
“Hasil saringan awal melalui ujian air kencing yang dijalankan telah mendapati dua lelaki positif metamfetamin dan seorang lagi positif ketamin.
“Ketiga-tiga tangkapan lelaki tersebut diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” katanya ketika ditemui media selepas operasi tersebut.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Operasi itu turut disertai pelbagai agensi antaranya, AADK, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Alam Sekitar.
Beliau berkata pihaknya telah memeriksa 63 kenderaan pelbagai jenis dan mengeluarkan 10 saman untuk pelbagai kesalahan.
Sementara itu, Dzulbaharin berkata tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang operasi tersebut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
