
Kota Kinabalu: Seorang remaja berusia 19 tahun didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada seorang lelaki.
Khairul Nizam Abdullah yang hanya memiliki sijil kelahiran, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, kepada pertuduhan terhadapnya.
Dia didakwa secara sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada Mohd Abdullah Hadi Endin, 27, dengan menggunakan sebilah pisau antara 12.30 pagi dan 1.30 pagi pada 20 Okt tahun ini di belakang premis 99 Speedmart di Donggongon, Penampang.
Kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan dengan sebat, atau dengan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 22 Nov untuk sebutan dan tiada jaminan ditawarkan kepada Khairul kerana dia hanya mempunyai sijil kelahiran.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqah Alya AK Johari@ PG Johari, manakala Khairul tidak diwakili peguam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


