
Baru-baru ini, seorang warga emas maut selepas dipukul oleh seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menggunakan cota besi gara-gara berang ditegur menunggang motor dengan berbahaya di kawasan kampung.
Kejadian itu berlaku pada 16 Jun yang lalu di Kampung Buloh Ipoh, Tanah Merah dan mangsa yang mengalami kecederaan parah di muka meninggal dunia di lokasi.
Warga Emas Maut Dipukul Remaja Dengan Cota Besi, Bengang Ditegur Tunggang Motor Laju Di Kawasan Kampung
Remaja berkenaan yang juga orang kurang upaya (OKU) intelektual telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tanah Merah semalam namun tiada sebarang pengakuan direkodkan, lapor Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan perbuatan bunuh ke atas Shamsudin Mohamed, 60, di tepi jalan sebelah kedai runcit, Kampung Buluh, Gual Ipoh, di sini pada jam 6 petang.
The post Remaja OKU Didakwa Bunuh Warga Emas 60 Tahun, Pukul Guna Cota Besi Sebab Tegur ‘Merempit’ Di Kawasan Kampung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


