“Tergamak depa buat orang macam ni” – Kempunan Naik Kereta Kabel Di Kuak Hulu, Warga Emas Terpedaya Dengan Video AI

Entertainment
1 Jul 2025 • 11:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hasrat pasangan warga emas yang sanggup merentas ratusan kilometer kerana ingin menikmati pengalaman menaiki kereta kabel di Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu, Perak bertukar kecewa selepas mendapati rupa-rupanya ‘tarikan pelancongan’ di situ tidak wujud.

Mereka mengetahui ia hanyalah rekaan video yang menggunakan teknologi kecederasaan buatan (AI) selepas diberitahu oleh salah seorang penduduk di situ.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Threads yang mendakwa ramai warga emas mudah terpedaya dengan video janaan AI yang dimuat naik di media sosial.

 

Menurut wanita itu, pada mulanya dia menyangkakan pasangan warga emas yang datang dari Kuala Lumpur hanya bergurau mengenai hasrat menaiki kereta kabel di situ.

Namun, selepas disemak rupanya mereka telah tertipu dengan video janaan yang tular di media sosial yang mendakwa mempunyai tarikan kereta kabel dari Pengkalan Hulu hingga Baling.

image is not available

Apa yang membuatkan pasangan warga emas ini percaya kerana ada kehadiran wartawan dan liputan media dalam video terbabit, tetapi semua itu hanyalah janaan AI semata-mata.

Lebih menyedihkan, pasangan tersebut mengaku tidak berani bertanya kepada anak-anak mereka sebelum memulakan perjalanan disebabkan rasa malu.

image is not available

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen menggesa agar lebih ramai peka dengan kandungan palsu, terutamanya melibatkan warga emas yang mudah terpengaruh.

Kita yang celik IT ni, kenalah rajin pantau ibu bapa dan mengingatkan mereka supaya bertanya dahulu mengenai kesahihan video agar mereka tidak menjadi mangsa penipuan AI lagi.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.