Remaja Perempuan 15 Tahun Larikan Perodua Aruz Di Jalan Kuching Serian, Laporan Polis Dibuat

31 Dec 2023 • 2:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Remaja perempuan tersebut telah membawa lari kenderaan bapa saudaranya

Remaja Perempuan 15 Tahun Larikan Perodua Aruz Di Jalan Kuching Serian, Laporan Polis Dibuat. Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun telah dilaporkan melarikan sebuah kenderaan Perodua Aruz lebih kurang pada jam 4.50 pagi pada hari ini bertempat di Jalan Kuching Serian.

Memetik laporan, pengadu telah melaporkan kehilangan kenderaann Aruz dengan nombor pendaftaran QTX 7429 nya kepada polis.

image is not available
Remaja Perempuan 15 Tahun Larikan Perodua Aruz Di Jalan Kuching Serian, Laporan Polis Dibuat. Kredit foto: FB Sarawak Roads Update

image is not available

Remaja berkenaan merupakan anak saudaranya

Menurut pengadu, remaja perempuan berkenaan merupakan anak saudaranya yang masih berada di tingkatan 3 lagi.

Anak saudaranya itu dikatakan telah menggunakan kenderaanya tanpa pengetahuan serta kebenaran dirinya lalu dia membuat laporan di balai polis gara-gara risau akan keselamatan anak saudaranya itu.

Oleh demikian, buat orang awam di luar sana yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kenderaan yang hilang boleh terus menghubungi pihak polis.

Setakat ini menurut laporan, kenderaan Aruz berkenaan telah berada di Saratok. Dalam perkongsian terkini di Facebook, seorang individu telah terserempak dengan kenderaan curi itu.

Dikatakan bahawa remaja tersebut mengatakan dia dari Kuching hendak ke Lubok Antu namun dia telah sesat di Saratok. Remaja tersebut siap menanyakan soalan adakah cukup minyak petrol kereta 2 litter unruk sampai ke Lubok Antu.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/penutupan-jalan-sempena-countdown-2024-di-kuching/

https://www.iloveborneo.my/motac-senarai-syarikat-pelancongan-tidak-berlesen-2023/