Remaja Perempuan 16 Tahun Ditemui Meninggal Dunia Di Jalan Batu Kawa

19 Nov 2024 • 2:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Polis Siasat kes kematian remaja di Batu Kawa

Remaja Perempuan 16 Tahun Ditemui Meninggal Dunia Di Jalan Batu Kawa. Seorang gadis berusia 16 tahun telah ditemui meninggal dunia di Jalan Batu Kawa, Kuching pada hari ini.

Menurut laporan media tempatan, Ketua Polis Daerah Padawan, Mohd Irwan Hafiz Md Radzi memaklumkan bahawa pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut sekitar pukul 5.30 pagi.

image is not available
Remaja Perempuan 16 Tahun Ditemui Meninggal Dunia Di Jalan Batu Kawa

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian.

Jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut. Kes ini telah diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR), kata beliau.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kematian misteri pelajar UPNM: