Remaja perempuan lemas di pantai Tuaran

9 Aug 2026 • 12:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Remaja perempuan lemas di pantai Tuaran

Tuaran: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun lemas sementara seorang lagi terselamat selepas melakukan aktiviti berkelah dan mandi-manda di Pantai Tanjung Badak, di sini, petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong Ak Beki, berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.59 petang memaklumkan dua remaja perempuan berusia 15 tahun dikhuatiri hilang di laut.

Katanya, seramai 11 anggota dikerah ke lokasi yang terletak kira-kira 23km berserta satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, pihak bomba menerima maklumat mangsa pertama ditemui orang awam dan anggota segera memberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS,” katanya, Sabtu.

Mangsa kedua, Nurul Husna Nurul Ain Amdan, ditemui pada jam 5.08 petang ketika pasukan bomba menggunakan kaedah pencarian di permukaan air di sekitar lokasi mangsa kali akhir dilihat.

Menurutnya, mangsa terbabit dibawa ke kawasan selamat untuk diberikan bantuan kecemasan, termasuk resusitasi pulmonari (CPR) oleh pasukan penyelamat.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.07 petang,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang selamat dikenal pasti sebagai Rabiatul Adawiyah Hamzah, 15, dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Tuaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved