Penunggang Motosikal Melambung Setinggi Tiang Lampu Maut Lepas Dirempuh Kereta Di Muar

Entertainment
28 Feb 2024 • 11:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara sebuah kereta memotong laluan bertentangan, seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dalam kejadian kemalangan di Jalan Parit Sulong, Muar, Johor, semalam.

Kejadian itu yang dipercayai berlaku sekitar pukul 6.59 pagi pada Selasa, turut dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi.

Menerusi video yang tular di media sosial, sebuah kereta berwarna putih dilihat sedang dipandu laju dan cuba untuk memotong di laluan bertentangan yang ketika itu turut dilalui mangsa.

Namun, kenderaan itu dilihat gagal untuk mengelak dan kembali ke laluan asal lalu menyebabkannya terus merempuh mangsa.

image is not available

Impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa dan motosikal melambung dengan ketinggian hampir sama dengan tiang lampu.

Difahamkan, penunggang motosikal dikenali sebagai Riduan bin Abdullah itu dilaporkan telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, melihat perkongsian foto di media sosial, kereta terbabit mengalami keremukan di bahagia hadapan sebelum terbabas ke dalam parit. Setakat ini, status pemandu kereta itu tidak dapat dipastikan.

Berharap pemandu terbabit mendapat hukuman yang setimpal.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.