Remaja perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan PPAM

13 Sep 2026 • 11:23 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Remaja perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan PPAM

PUTRAJAYA: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah apartment perumahan penjawat awam di Presint 5, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.33 malam di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Seruling itu, mangsa yang juga pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 itu ditemui terbaring di bawah bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi panggilan kecemasan MERS 999 sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang tinggal bersama keluarganya di tingkat sembilan apartmen tersebut.

“Setibanya di lokasi, polis menemukan mangsa dalam keadaan terbaring dan dipercayai terjatuh dari tempat tinggi.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Aidi Sham berkata, bedah siasat dijadual dijalankan pada pukul 9 pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (LMM) dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. – UTUSAN

The post Remaja perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan PPAM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved