Remaja perempuan maut, rakan cedera motosikal terbabas bergesel penghadang jalan

22 Mar 2026 • 9:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda dinaiki hilang kawalan lalu bergesel dengan besi penghadang jalan.

KUALA LANGAT - Seorang remaja perempuan maut, manakala rakannya cedera apabila motosikal dinaiki terbabas selepas bergesel pada besi penghadang jalan di Kilometer 2 Jalan Olak Lempit - KLIA di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, maklumat kejadian diterima Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) pada jam 1.15 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda dinaiki hilang kawalan lalu bergesel dengan besi penghadang jalan.

"Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa perempuan tercampak ke tengah jalan.

"Kemalangan itu menyebabkan pembonceng meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang cedera di tangan serta kaki," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa berusia 18 tahun.

Tambahnya, keluarga mangsa telah tampil ke BSPT IPD Kuala Langat untuk membuat laporan polis.

Jelasnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh tampil menyalurkan maklumat.

"Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mazrol Mohd Din di talian 011-18539115 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved