Remaja putus kepala: Keluarga mahu tuntut keadilan, bakal ambil tindakan undang-undang

Local
20 May 2026 • 5:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja putus kepala: Keluarga mahu tuntut keadilan, bakal ambil tindakan undang-undang
Keluarga remaja yang maut dalam kemalangan ngeri sehingga kepalanya terputus di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa, berhasrat mengambil tindakan undang-undang
Image from: Remaja putus kepala: Keluarga mahu tuntut keadilan, bakal ambil tindakan undang-undang
Dalam kejadian itu, tiang Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dilanggar turut tumbang dan tertembus ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan, manakala dua lagi individu dilaporkan cedera ringan.
Image from: Remaja putus kepala: Keluarga mahu tuntut keadilan, bakal ambil tindakan undang-undang
Bapa mendiang, Wah Tee Tun (kiri) kelihatan sebak ketika ditemui di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, Kuala Terengganu pada Rabu, selepas anak sulungnya, Wah Han Keong, 18, maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri pada Selasa.
Image from: Remaja putus kepala: Keluarga mahu tuntut keadilan, bakal ambil tindakan undang-undang
Mayat mendiang dijadualkan dibawa ke Kelantan pada Khamis untuk urusan pengebumian.
Image from: Remaja putus kepala: Keluarga mahu tuntut keadilan, bakal ambil tindakan undang-undang
Seorang bapa, Wah Tee Tun, 49, menyaksikan sendiri anak sulungnya maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa.

KUALA TERENGGANU – Keluarga remaja yang maut dalam kemalangan ngeri sehingga kepalanya terputus di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa, berhasrat mengambil tindakan undang-undang melalui peguam kerana mendakwa insiden itu bukan berpunca daripada kecuaian mereka, selain mempunyai bukti rakaman video kejadian.

Bapa mangsa, Wah Tee Tun, 49, berkata, langkah tersebut sedang dipertimbangkan bagi menuntut keadilan buat anak sulungnya, Wah Han Keong, 18, yang maut selepas van dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta sebelum sebatang tiang lampu tumbang dan menghempap kenderaan terbabit.

Menurutnya, rakaman video yang dimiliki keluarga jelas menunjukkan kejadian berlaku akibat kereta dari arah bertentangan yang dipandu laju hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

**media[3527205]**

“Kami akan berbincang dengan peguam kerana kejadian ini bukan berpunca daripada kesalahan kami. Kami juga mempunyai bukti rakaman video yang boleh membantu siasatan.

“Sebagai seorang bapa, saya mahu keadilan buat anak saya,” katanya ketika ditemui di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, di sini pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya cuba panggil, tapi kepalanya sudah terputus berada di bawah kaki' - Bapa

Remaja putus kepala, van ditembusi tiang JKR dirempuh kereta hilang kawalan

'Saya beranikan diri tutup kepalanya yang putus'

Dalam pada itu, Tee Tun berkata, kehilangan anak sulung daripada dua beradik itu amat dirasai memandangkan mendiang sedang menunggu keputusan permohonan untuk menyambung pengajian dalam bidang automotif di politeknik.

**media[3527202]**

Menurutnya, mendiang amat meminati bidang automotif dan telah membuat permohonan melalui Unit Pusat Universiti (UPU) untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Dungun atau institusi sama di Kota Bharu, Kelantan.

“Keputusan UPU sepatutnya keluar dalam sehari dua lagi iaitu pada 22 Mei ini. Segala persiapan telah kami lakukan, namun kami reda apabila hasrat melihatnya menyambung pengajian tidak kesampaian,” katanya.

Mengimbas detik tragis kira-kira jam 3.36 petang itu, Tee Tun berkata, dia bersama anaknya sedang dalam perjalanan ke bandar bagi melakukan kerja pendawaian.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya cuba panggil, tapi kepalanya sudah terputus berada di bawah kaki' - Bapa

Remaja putus kepala, van ditembusi tiang JKR dirempuh kereta hilang kawalan

'Saya beranikan diri tutup kepalanya yang putus'

Remaja putus kepala: 'Anak saya tunggu sambung pengajian di Politeknik' - Bapa

'Saya anggap mendiang macam anak sendiri' - Peniaga tutup kepala remaja terputus dalam kemalangan ngeri

Katanya, sebuah kereta dari arah bertentangan tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan menyebabkan tiang lampu patah lalu menghempap van mereka.

**media[3527203]**

“Kesan rempuhan itu sangat kuat sehingga tiang lampu terpelanting dan terkena tepat pada leher anak saya.

“Saya cuba memanggil dan menggerakkan badannya, namun mendapati kepalanya sudah terputus. Badannya pula tidak mengalami kecederaan lain,” katanya sebak.

Tee Tun yang menetap di Banggol Peradong, Manir menyifatkan mendiang sebagai anak yang baik, rajin dan sentiasa membantu keluarga dengan bekerja bersamanya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Walaupun kadangkala saya memarahinya ketika bekerja, dia hanya tersenyum. Dia juga sangat rapat dengan ibunya,” katanya.

**media[3527202]**

Mayat mendiang dijadualkan dihantar ke Kelantan pada Khamis untuk urusan pengebumian.

Dalam kejadian pada Selasa, van jenis Nissan Vanette dinaiki mangsa bersama bapanya dalam perjalanan dari Manir ke pusat bandar sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah Volkswagen Golf GTI.

Akibat insiden itu, tiang Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dilanggar turut tumbang dan menembusi van sehingga terkena penumpang hadapan, manakala dua individu lain dilaporkan cedera ringan.

 

 

 

 

 

 

View Original Article