Remaja putus kepala: 'Anak saya tunggu sambung pengajian di Politeknik' - Bapa

Local
20 May 2026 • 3:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja putus kepala: 'Anak saya tunggu sambung pengajian di Politeknik' - Bapa
Remaja yang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa sedang menunggu panggilan untuk menyambung pengajian dalam bidang automotif di Politeknik.
Image from: Remaja putus kepala: 'Anak saya tunggu sambung pengajian di Politeknik' - Bapa
Bapa mendiang, Wah Tee Tun (kiri) kelihatan sebak ketika ditemui di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, Kuala Terengganu pada Rabu, selepas anak sulungnya, Wah Han Keong, 18, maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri pada Selasa.
Image from: Remaja putus kepala: 'Anak saya tunggu sambung pengajian di Politeknik' - Bapa
Bapa mendiang, Wah Tee Tun (kiri) kelihatan sebak ketika ditemui di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, Kuala Terengganu pada Rabu, selepas anak sulungnya, Wah Han Keong, 18, maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri pada Selasa.
Image from: Remaja putus kepala: 'Anak saya tunggu sambung pengajian di Politeknik' - Bapa

KUALA TERENGGANU - Remaja yang maut dalam kemalangan ngeri hingga kepalanya putus di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa sedang menunggu panggilan untuk menyambung pengajian dalam bidang automotif di Politeknik.

​Mendiang Wah Han Keong, 18, yang merupakan anak sulung daripada dua beradik disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian leher selepas van dinaiki bersama bapanya dirempuh sebuah kereta.

​Bapanya, Wah Tee Tun, 49, berkata, mendiang anaknya itu amat meminati bidang automotif dan telah membuat permohonan melalui Unit Pusat Universiti (UPU) untuk ke Politeknik Dungun atau institusi sama di Kota Bharu, Kelantan.

​"Keputusan UPU sepatutnya keluar dalam sehari dua lagi iaitu pada 22 Mei ini. Segala persiapan telah kami lakukan, namun kami reda perancangan untuk melihatnya menyambung pengajian tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, di sini pada Rabu.

​Menceritakan semula detik tragis kira-kira jam 3.36 petang itu, Tee Tun berkata, dia bersama anaknya dalam perjalanan ke bandar untuk melakukan kerja-kerja pendawaian (wiring).

**media[3526895]**

​Menurutnya, sebuah kereta dari arah bertentangan yang dipandu laju tiba-tiba terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan lalu merempuh van mereka.

​"Kesan rempuhan itu agak kuat menyebabkan sebatang tiang lampu patah dan melayang menjunam ke arah van kami lalu terkena tepat pada leher anak saya.

​"Saya cuba panggil dan menggerakkan badan anak saya, tetapi saya dapati kepalanya sudah terputus dan berada di bawah kaki. Badannya tidak mengalami kecederaan lain," katanya sebak.

​Tee Tun yang menetap di Banggol Peradong, Manir menyifatkan mendiang sebagai seorang anak yang sangat baik, jujur, rajin dan sentiasa membantu menyara keluarga dengan menolongnya bekerja selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

​"Dia tidak pernah membantah. Walaupun kadang-kadang saya berkasar atau memarahinya ketika bekerja, dia hanya tersenyum. Mendiang juga sangat rapat dan manja dengan ibunya," jelasnya yang memberitahu tiada sebarang petanda pelik ditunjukkan mangsa sebelum kejadian.

​Tee Tun berkata, dia dan keluarga akan mengambil tindakan undang-undang melalui peguam memandangkan insiden tersebut bukan berpunca daripada kesalahan mereka malah mereka juga mempunyai bukti rakaman video.

**media[3526936]**

​Mayat mendiang Han Keong dijadualkan akan dihantar ke Kelantan pada Khamis untuk urusan pengebumian.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, mendiang Han Keong bersama bapanya, Wah Tee Tun, 46 dalam perjalanan dari rumah di Manir, Kuala Terengganu menuju ke pusat bandar sebelum van jenis Nissan Vanette dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah Volkswagen Golf GTI.

Akibat insiden itu, tiang JKR yang dilanggar turut terjatuh dan tertembus masuk ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan manakala dua lagi individu dilaporkan cedera ringan dalam kemalangan tersebut.

 

View Original Article