Remaja Rohingya berkelakuan mencurigakan dicekup PGA

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 1:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja Rohingya berkelakuan mencurigakan dicekup PGA
Perjalanan seorang remaja lelaki etnik Rohingya yang dipercayai berjalan kaki tanpa hala tuju dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor, Tumpat berakhir apabila ditahan anggota PGA dalam Op Taring Wawasan pada Isnin. Foto:PGA

TUMPAT – Perjalanan seorang remaja lelaki etnik Rohingya yang dipercayai berjalan kaki tanpa hala tuju dari Kota Bharu ke Tumpat berakhir apabila ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Pengkalan Kubor pada Isnin.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, remaja berusia 17 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi ketika anggota Task Force Batalion 9 PGA Kuala Terengganu menjalankan rondaan bermotosikal di sekitar kawasan tanggungjawab.

Menurut beliau, suspek dikesan berjalan seorang diri di bahu jalan berhampiran Stesen Bas Pengkalan Kubor dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang mengaku bernama Noor Mohamad Bashir Ahmad, warga Myanmar berketurunan Rohingya itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Pemeriksaan lanjut turut mendapati tiada barang menyalahi undang-undang ditemukan, namun suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ahmad Radzi berkata, hasil soal siasat awal mendapati remaja itu mengaku memasuki Malaysia hampir tiga tahun lalu melalui sebuah pangkalan haram di sekitar Tumpat.

Menurutnya, sepanjang berada di negara ini, remaja terbabit tinggal dan menuntut di sebuah pusat tahfiz di Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Kulim, Kedah.

"Selepas itu dia menaiki bas ke Kota Bharu sebelum berjalan kaki dari Kota Bharu ke Tumpat tanpa mempunyai sebarang destinasi atau hala tuju," katanya.

Beliau berkata, remaja berkenaan kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati negatif dadah.

Katanya, suspek seterusnya diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Tumpat untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, PGA akan terus mempergiat rondaan dan pemantauan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), jenayah rentas sempadan serta aktiviti menyalahi undang-undang di kawasan sempadan Kelantan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved