Remaja Trauma Cas Telefon Sepanjang Malam Sebelum Meletup

1 Sep 2023 • 5:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang kakak berkongsi kisah telefon adiknya meletup kerana cas telefon sewaktu tidur

Remaja Trauma Cas Telefon Sepanjang Malam Sebelum Meletup. Baru-baru ini, seorang individu memuat naik satu hantaran mengenai adiknya trauma mengecas telefon bimbit semasa tidur, malah takut untuk tidur di dalam bilik berkenaan kerana teringat apa yang berlaku.

Menerusi perkongsian individu itu di laman TikTok, dia menceritakan kisah adiknya yang terselamat dengan tragedi telefon bimbit meletup dalam kejadian pada awal pagi, semalam.

image is not available
Sumber: tiktok

Tidak sedar telefon bimbit meletup

Menurut laporan, adik lelaki yang dikenali sebagai Irfan mamaklumkan bahawa dirinya tidak sedar telefon bimbitnya meletup kerana ia berlaku semasa dia sedang nyenyak tidur.

“Pada hari kejadian, saya mengecas telefon bimbit di atas katil manakala saya tidur di bawah,” ujarnya menerusi sumber.

“Saya memang tak sedar apa yang berlaku sehingga 5 pagi, itu pun selepas kakak kejutkan untuk bangun daripada tidur.

image is not available
Sumber: tiktok

“Waktu itu, bilik sudah dipenuhi asap jadi saya pun segera keluar untuk selamatkan diri dan mengelak sesak nafas,” katanya lagi ketika dihubungi Harian Metro.

Bersyukur dirinya selamat dalam kejadian meletup itu

Sementara itu, Irfan turut menyatakan bahawa dia bersyukur kerana selamat daripada insiden tersebut dan tidak berlaku kebakaran besar terhadapnya, malah dipanjangkan umur.

“Alhamdulillah, Allah lindungi saya cuma apa yang berlaku itu akan beri pengajaran buat saya untuk tidak mengecas telefon bimbit ketika tidur atau bermain dengannya ketika proses pengecasan,” jelasnya yang juga sudah menggunakan telefon bimbit tersebut selama lebih dua tahun.

Peringatakan untuk semua supaya jangan cas telefon masa tidur

Dalam pada itu, kakak kepada Irfan meyatakan bahawa, niatnya berkongsi video tersebut di TikTok adalah untuk peringatan dan pengajaran buat semua orang supaya sentiasa berhati-hati mengecas telefon dan tentang bahayanya mengecas semasa tidur.

image is not available
Sumber: tiktok

“Tak sangka boleh tular kerana saya kongsikan video itu supaya ramai lebih berhati-hati.

“Ia kerana insiden itu sudah berlaku kepada adik saya sendiri jadi tak nak ia terjadi kepada orang lain.

“Setakat ini, tiada yang kecam sebaliknya ramai kongsi ada tabiat sama (mengecas telefon ketika tidur) dan mahu mengubahnya (tabiat) demi kebaikan kerana bimbang berlaku kejadian tak diingini,” tambahnya lagi.

Jenama Apple pernah beri amaran

Untuk makluman, sebelum ini pengguna Apple juga diberi amaran untuk tidak mengecas telefon bimbit sewaktu tidur dalam keadaan yang rapat kerana akan membahayakan diri kita sendiri.

Baca juga artikel yang berkaitan: