Reman dua beradik kes dadah dilanjut empat hari

16 Jan 2023 • 11:58 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Reman ke atas dua beradik lelaki yang ditahan ketika sedang asyik memasak dan memproses dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampar pada minggu lepas dilanjutkan empat hari lagi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (foto) berkata reman suspek berumur 44 dan 45 tahun itu yang bermula pada Selasa lepas disambung sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada 9 Jan lepas, kedua-dua penganggur itu ditahan dalam serbuan kira-kira 4 petang bersama beberapa jenis dadah antaranya heroin dan syabu di rumah berkenaan hasil risikan pihak polis dan maklumat orang awam.

Siasatan polis mendapati rumah terbabit dijadikan makmal memproses dadah sejak Disember lepas untuk kegunaan pasaran tempatan.

Selepas diperiksa, terdapat kira-kira 40 kilogram heroin bernilai mencecah RM600,000 selain cecair disyaki dadah bernilai RM60,000. - Bernama