Warga emas maut langgar kenderaan PLUS Ronda di lorong kecemasan

10 Jan 2023 • 10:26 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Seorang warga emas maut dalam satu kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer (KM) 358.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata dalam kejadian pada kira-kira 5 petang itu, sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux milik PLUS Ronda sedang berhenti di lorong kecemasan untuk memberi bantuan kepada pemandu Suzuki Swift yang mengalami masalah tayar pancit.

“Tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Mazda CX-5 telah melanggar belakang Toyota Hilux tersebut sebelum terbabas ke kanan jalan, dan kemudiannya dilanggar pula oleh kereta Kia Optima.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5, seorang lelaki berumur 70 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala isterinya, 59 tahun menerima rawatan di Hospital Slim River, akibat kecederaan di kepala,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Slim River berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mayat mangsa dan isterinya yang tersepit dan operasi tamat sekitar 6 petang. - Bernama