Reman Jurujual, Pembantu Rumah Dera Kanak-Kanak Hingga Mati Dilanjut

10 Oct 2022 • 10:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tempoh reman seorang jurujual kenderaan dan pembantu rumah warga Indonesia disyaki mendera seorang kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga maut disambung. - Gambar fail

JOHOR BAHRU - Tempoh reman terhadap seorang jurujual kenderaan dan pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki mendera seorang kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga maut di Taman Skudai di sini pada 2 Okt lepas, disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kedua-dua suspek disambung reman mulai esok hingga 16 Okt untuk melengkapkan siasatan dengan lebih terperinci.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, lelaki berusia 28 tahun dan wanita berumur 40 tahun itu direman tujuh hari hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dilaporkan bapa mangsa meminta bantuan daripada lelaki terbabit yang juga rakannya untuk menjaga dua anak mereka termasuk mangsa sejak tiga bulan lepas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved