Reman pemandu kren dera anak saudara enam tahun disambung

10 Sep 2025 • 5:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KANGAR, 10 SEPT: Reman terhadap seorang pemandu kren disyaki mendera anak saudara lelakinya berusia enam tahun di sebuah rumah di Jalan Kilang Ais, Kuala Perlis dekat sini disambung dua hari bermula esok.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata perintah reman hingga Jumaat terhadap lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor hari ini.

"Dalam tempoh ini, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perlis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki berkenaan ditahan polis pada 12.20 tengah malam Ahad dan disyaki memukul tangan kiri kanak-kanak berkenaan dengan tali pinggang hingga menyebabkan kesan lebam pada tangan mangsa.

Lelaki berkenaan direman selama empat hari, yang berakhir hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved