Restoran Rembayung milik pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming dilaporkan berdepan situasi kelam-kabut selepas sistem pesanan StoreHub POS mengalami gangguan ketika waktu makan tengah hari.
Menurut perkongsian yang tular, pelanggan bagi slot jam 2 petang ke atas dikatakan tidak dapat masuk seperti dijadualkan susulan masalah tersebut.

Menjelaskan perkara itu, Khairul Aming memohon maaf kepada pelanggan dan memaklumkan ini merupakan kali pertama sistem berkenaan mengalami gangguan sepanjang enam bulan Rembayung beroperasi.

“Mohon maaf hari ni huru hara waktu lunch. Sepanjang 6 bulan berniaga hari ni first time StoreHub POS system down di mana semua order tak masuk dalam kitchen.
“Kita kena manually tulis satu persatu order menyebabkan makanan slot tgh hari tadi semua delay and slot yang jam 2pm affected masuk lambat.
“So far system masih lagi down tapi dah terkawal untuk slot 4.30pm ke atas.”
Susulan itu, operasi restoran terpaksa dilakukan secara manual bagi memastikan pesanan pelanggan tetap diteruskan walaupun berlaku kelewatan.
Bagaimanapun, Khairul Aming memaklumkan keadaan sudah lebih terkawal untuk slot 4.30 petang dan seterusnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Terkenal Kerana Sering Menyantuni Jemaah Haji, Pramugara Hafeez Albukhari Kini Dilaporkan Kritikal
The post Rembayung Alami ‘Rusuhan’, Khairul Aming Mohon Maaf – “6 Bulan Berniaga Hari Ini ‘First Time’ Kena..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![Wanita Kecewa & Persoal Baby Dikira 1 Pax Di Rembayung, KA Tampil Beri Penjelasan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Wanita-Kecewa-Persoal-Baby-Dikira-1-Pax-Di-Rembayung-KA-Tampil-Beri-Penjelasan--800x467.jpg?t=1782104897)



