Rempuh kereta wartawan, pemandu lori dipercayai microsleep

LocalCars
27 Oct 2026 • 11:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rempuh kereta wartawan, pemandu lori dipercayai microsleep

IPOH: Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan membabitkan dua wartawan di Jalan Ipoh-Lumut, berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Kledang Permai, Ahad lalu, dipercayai mengalami microsleep ketika kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, punca nahas tersebut diperoleh berdasarkan keterangan yang diambil daripada pemandu lori berusia 35 tahun itu.

“Berdasarkan kenyataan yang diambil daripada pemandu itu, dia dipercayai mengalami microsleep.

“Walau apa pun alasannya, perbuatan melanggar kenderaan dari arah belakang tetap satu kesalahan. Jadi, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing telah dijalankan terhadap pemandu lori tersebut dan didapati negatif bagi pengambilan bahan terlarang.

Katanya, semakan juga mendapati tiada rekod lampau bersabit kes jenayah membabitkan lelaki berkenaan.

“Setakat ini kita masih belum menerima sebarang rakaman dashcam (kamera papan pemuka) daripada orang awam dan kawasan tersebut juga tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi Ahad lalu, wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Nur Afiradina Arshad, 34, dan wartawan New Straits Times (NST), Zahratulhayat Mat Arif, 37, cedera selepas kereta dinaiki mereka dirempuh lori dari belakang.

Rempuhan tersebut menyebabkan kereta jenis Perodua Bezza dipandu Nur Afiradina berpusing di atas jalan raya manakala lori terbabas ke dalam longkang di bahu jalan.

Ketika kejadian, kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Meru Raya ke Bagan Datuk bagi membuat liputan majlis perasmian program Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – UTUSAN

 

The post Rempuh kereta wartawan, pemandu lori dipercayai microsleep appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved