Saksi, rakaman ‘dashcam’ kemalangan babitkan dua wartawan dicari

25 Oct 2026 • 4:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saksi, rakaman ‘dashcam’ kemalangan babitkan dua wartawan dicari

IPOH – Polis mengesan saksi kemalangan membabitkan dua wartawan selepas kereta yang dinaiki dilanggar sebuah lori di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Kledang Permai, Menglembu, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 5.45 pagi ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Meru menghala ke Bagan Datuk.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta mangsa yang berhenti di persimpangan lampu isyarat dilanggar lori dari arah belakang sebelum berpusing, manakala lori pula terbabas ke dalam longkang di bahu jalan.

“Kedua-dua wartawan dan pemandu lori yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) diminta menyalurkan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh bagi membantu siasatan.

Terdahulu, wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Afiradina Arshad, 34, dan rakannya daripada New Straits Times (NST), Zahratulhayat Mat Arif, 37, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Taman Kledang Permai.

Mereka yang menaiki kereta Perodua Bezza dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – KOSMO! ONLINE

The post Saksi, rakaman ‘dashcam’ kemalangan babitkan dua wartawan dicari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved