Rempuh Pokok, Dua Rentung Kereta Terbakar Dalam Kebun Kelapa Sawit

LocalCars
22 Oct 2025 • 10:35 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua individu, seorang lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta dinaiki mereka terbakar akibat merempuh sebatang pokok dalam kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Tanjung Balau, Kota Tinggi awal pagi tadi.

Dua rentung kereta rempuh pokok, terbakar

image is not available

Foto: Polis

Menurut laporan Malaysia Gazette, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Faizal Ahmad berkata, mangsa dipercayai terperangkap dalam kereta jenis Toyota Vios.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.48 pagi sebelum menghantar lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kereta tersebut terbabas dan melanggar sebatang pokok lalu terbakar. Terdapat dua mangsa dalam kereta tersebut.

“Seorang mangsa adalah lelaki dewasa berusia 21 tahun manakala seorang lagi wanita dewasa yang belum diketahui identitinya,” katanya dalam kenyataan.

Faizal berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi selepas terperangkap dalam kenderaan yang terbakar.

image is not available

Foto: Polis

Katanya, kebakaran memusnahkan kira-kira 93 peratus bahagian kereta tersebut sebelum anggota bomba berjaya memadamkan api menggunakan pam air dari jentera.

image is not available

Foto: Polis

Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.11 pagi.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)