“Remuk hati tengok” – Suami Kantoi Singgah Rumah Janda Lepas Tular Gambar Kereta Di Media Sosial

Entertainment
17 Nov 2023 • 2:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Belakangan ini, fenomena curang dalam rumah tangga seolah-olah bukan rahsia lagi. Di mana-mana kita dapat mendengar dan membaca kes-kes kecurangan yang dilakukan oleh si suami mahupun si isteri.

Baru-baru ini, dikatakan seorang lelaki berstatus suami didakwa kantoi mengunjungi rumah rakan sekerjanya yang bergelar janda.

Perkara itu diketahui selepas tular sekeping foto yang memaparkan deretan lapan biji kereta berwarna merah di kawasan parkir di sebuah kawasan perumahan.

image is not available

Menurut individu yang tidak dikenali, dia yang membuat pengakuan tanpa nama di akaun seorang pengguna platform X mendedahkan yang suaminya kantoi mengunjungi rumah seorang janda.

Husband aku ingat aku tak tahu dia pergi jumpa janda office dia. Aku dapat tahu lepas kawan aku share satu tweet tersusun sederet kereta merah parking ramai-ramai,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, dia bertanya pandangan apa yang perlu dibuat selepas kecewa dengan tindakan suaminya tanpa pengetahuannya.

“Kereta husband aku kat situ. Remuk hati masa tengok gambar. Apa patut aku buat sekarang?” tanya individu terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut kerana tidak menyangka perkongsian gambar di media sosial itu membawa ke sebuah plot twist yang lain.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.