Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka.
Penganugerahan ini adalah satu pengiktirafan besar atas sumbangan Remy dalam industri seni selama hampir dua dekad.
Remy berkata, penganugerahan ini adalah satu rezeki dan pemangkin semangat untuk terus berkarya dalam industri seni.
Beliau berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya sepanjang perjalanan kariernya.
Sementarai itu, ramai yang mengucapkan tahniah dan merasa bangga dengan pencapaian Remy. Rakan-rakan artis dan para peminat turut mengucapkan tahniah.
The post Remy Ishak dianugerahkan gelaran ‘Datuk’ appeared first on The Reporter.


