Remy Ishak kini bergelar Datuk, rezeki 2 dekad dalam industri seni

LocalEntertainment
25 Aug 2024 • 6:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon hebat, Remy Ishak kini bergelar Datuk apabila menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran tersebut.

Memetik laporan dari Kosmo! Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 42 menyatakan bahawa penganugerahan ini adalah rezeki buatnya yang sudah dua dekad berkecimpung dalam dunia seni.

image is not available

Remy Ishak kini bergelar Datuk, ucap terima kasih kepada TYT & kerajaan Negeri Melaka

Dia turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam dan Kerajaan Negeri Melaka atas penganugerahan darjat berkenaan kepadanya.

“Alhamdulillah, rezeki. Ini adalah sebab kenapa saya perlu lebih bekerja keras.

“Terima kasih dan selamat hari lahir TYT Tun,”katanya.

image is not available

Remy Ishak kini bergelar Datuk, sudah membintangi 40 buah filem

Sekadar info, Remy Ishak telah membintangi 40 buah filem sepanjang berkecimpung dalam dunia lakonan selama 19 tahun ini.

Pelbagai anugerah pernah diraih olehnya sepanjang menjalani kerjaya tersebut seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia.

image is not available

Pada Ogos 2021, anak kelahiran Melaka ini telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Roszaliza Yusof di Masjid negara sebelum dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Tuah Alam pada 27 Julai 2023.

image is not available

Sumber: Kosmo! (Mohd. Haikal Isa)