Remy Ishak Kini Bergelar Bapa

Entertainment
27 Jul 2023 • 3:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Remy Ishak dan isteri menimang cahaya mata sulung pagi tadi - gambar Instagram

Pelakon popular,  Remy Ishak kini telah bergelar  bapa selepas isterinya selamat bersalin  anak pertama mereka pada jam 11.17  pagi tadi.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, 41, telah berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran  yang dimuatnaik di Insta Story. 

image is not available
Remy mengumumkan kelahiran anaknya melalui Insta Story pagi tadi - gambar Instagram

"Assalamualaikum. Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

"Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. 

"Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah," tulisnya.

Walaubagaimananapun,  pelakon filem Pulang ini tidak mendedahkan jantina mahupun wajah anaknya. 

Remy dan Ezza telah berkahwin pada 21 Ogos 2021. Tahniah diucapkan  kepada pasangan ini. Semoga kehadiran cahaya mata ini bakal menjadi penyeri dalam kehidupan kalian sekeluarga. Selamat berpantang buat Ezza. - Getaran,  27 Julai 2023