(TAHNIAH) Isteri Remy Ishak Selamat Lahirkan Cahaya Mata Pertama, Jantina Belum Diumum

Entertainment
27 Jul 2023 • 1:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pada tarikh hari ini iaitu 27 Julai 2023, pelakon lelaki kacak iaitu Remy Ishak mengumumkan isterinya, Ezza Yusof telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Difahamkan dari posting yang dibuat oleh Remy di Instagram Story, Ezza bersalin pada pagi tadi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, Remy turut memaklumkan bahawa ibu serta anaknya berada dalam keadaan sihat ketika ini.

Bagaimanapun, pelakon tersebut tidak mengumumkan lagi jantina bayi mereka.

Sekadar info, Remy Ishak dan Ezza Yusof selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Ogos 2021 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

image is not available 5 months ago

(VIDEO) Nampak 'Baby Bump', Netizen Syak Isteri Remy Ishak Sedang Hamil - "Tak Sabar Nak Tengok Remy Junior!"