Renang Jarak Dekat Malaysia: Nadia Lim idam rekod baharu 100 meter gaya bebas

22 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Renang Jarak Dekat Malaysia: Nadia Lim idam rekod baharu 100 meter gaya bebas

Perenang negara, Nadia Lim, bertekad melunaskan semula kekecewaan dalam Sukan Malaysia (Sukma) apabila dikejutkan dengan nama baru, Eliza Tan, yang cemerlang mencipta sensasi di kolam renang Sukma tempoh hari.

Hilang gelaran selaku pemegang rekod kebangsaan dalam acara 100 meter gaya bebas, Nadia tidak mahu keadaan itu terbiar lama.

Dia malah mahu membuktikan, namanya masih layak untuk mengepalai catatan terbaik dalam acara kegemarannya itu menjelang Kejohanan SEA Age Group bulan depan.

"Saya di tahap kurang memuaskan ketika menghadapi Sukma, sebab itulah keputusannya tidak begitu memberangsangkan.

"Kecederaan juga mengganggu persiapan saya

"Tapi saya sedia memburu rekod baharu pada hujung bulan depan," katanya.

Nadia ternyata berada di kondisi terbaiknya selepas mengungguli acara 200 meter individu rampaian wanita Kejohanan Renang Jarak Dekat Malaysia Edisi Kedua menerusi catatan 2:17.53 saat di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

"Saya bekerja keras sejak kembali dari Dubai.

"Saya juga menggemari renang jarak dekat ini sambil menaruh harapan untuk layak ke Kejohanan Renang Jarak Dekat Dunia di Beijing (awal Disember), " katanya. 
 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved