
Kota Kinabalu: Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata DBKK mempunyai hasrat untuk terus mengeratkan hubungan bersama komuniti setempat, selari dengan hasrat untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya progresif, dinamik dann berbudaya.
“Antara usaha kita adalah dengan penganjuran Pertandingan Juara Kugiran 2025 yang mana kali ini merupakan edisi ketiga dianjurkan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ini adalah acara yang dinantikan oleh para penggiat seni muzik di Kota Kinabalu sekaligus pertandingan seumpama ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan anak muda tempatan.
“Selain itu, ini juga menjadi platform penting dalam mempromosikan industri seni muzik tempatan yang sedang berkembang pesat di bandaraya ini,” katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan), Faradillah Abdul Rani di sini pada Jumaat malam.
Menurut beliau lagi, pertandingan itu juga dijalankan untuk menggalakkan perkembangan seni muzik di Kota Kinabalu dan mengiktiraf bakat tempatan yang berpotensi.
Advertisement“Kita yakin melalui usaha penganjuran aktiviti seumpama ini, bukan semata-mata bakat baru dapat dicungkil, malah secara tidak langsung turut membantu masyarakat dan penduduk bandaraya menjana pendapatan melalui kebolehan dan kemahiran muzik mereka,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, pertandingan itu telah diadakan pada 8 Februari yang mana beberapa peringkat saringan diadakan sebelum enam peserta akhir bertanding merebut gelaran Juara Kugiran 2025.
Advertisement“Malam ini merupakan acara kemuncak di mana para peserta terbaik akan berentap untuk menjadi juara,” katanya.
Sabin turut menyeru semua pihak untuk terus menyokong usaha bagi memartabatkan seni dan budaya di Kota Kinabalu.
“Usaha ini adalah untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya yang kaya dengan bakat, kreativiti dan daya inovasi.
“Kepada semua peserta pula, buatlah persembahan dengan sebaiknya dan anggaplah pentas ini sebagai langkah pertama untuk mengorak kejayaan yang lebih gemilang dalam dunia seni muzik.
“Ingatlah bahawa setiap detik di sini adalah pengalaman berharga yang boleh menjadi pemangkin kepada masa depan yang cemerlang dan semoga usaha anda semua dapat membuka lebih banyak peluang untuk anda mengembangkan bakat serta kreativiti ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya lagi.
Sebanyak enam kumpulan berentap di peringkat akhir Juara Kugiran 2025.
Juara Kugiran 2025 disandang oleh Renewar Band, diikuti oleh naib juara Borneo Inside Groove (BIG) dan tempat ketiga A Force.
Anugerah Kumpulan Harapan pula diberikan kepada kumpulan Time Attack, Sepi Band dan Triliogi.
Selain daripada itu, Anugerah Vokal Terbaik diberikan kepada Mohd Azhari Hazalan daripada Renewar Band, Anugerah Pemain Gitar Terbaik diberikan kepada Azwan Abdul Aziz daripada Time Attack, Anugerah Pemain Drum Terbaik pula diberikan kepada Ramzul Ihsan AB Rahman dari kumpulan A Force.
Anugerah Pemain Gitar Bass Terbaik dimenangi oleh Mohd Syahdan Masdo dari kumpulan A Force, Anugerah Pemain Keyboard Terbaik diberikan kepada Christopher Sarapin dari kumpulan BIG dan Anugerah Gubahan Instrumental Terbaik juga diberikan kepada Allen Eugenius daripada kumpulan BIG.
Pertandingan ini mula di adakan pada tahun 2008 untuk edisi pertama dan diikuti untuk edisi kedua pada 2017.






