
Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Phoong Jin Zhe mempertahankan caj RM550 yang dikenakan kepada peniaga gerai pasar malam Tahun Baru Cina (CNY) di Foh Sang untuk tiga hari, walaupun Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hanya mengutip RM20 sehari atau RM60 untuk keseluruhan acara.
Beliau berkata tiada motif keuntungan dan caj itu diperlukan untuk mengekalkan standard acara yang telah ditetapkan.
AdvertisementMenurutnya, jumlah keseluruhan kos penganjuran melebihi RM120,000, manakala kutipan daripada bayaran gerai hanya menyumbang RM60,000, dengan baki ditampung menerusi peruntukan kerajaan.
“Kita tidak boleh mengharapkan semua perkara diberikan secara percuma, dan kerajaan juga tidak boleh membiayai segala-galanya,” kata Phoong.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Permintaan dan penawaran menentukan harga. Peniaga mendapat keuntungan daripada kehadiran orang ramai, manakala penganjur melaburkan semula dana ke dalam promosi, hiasan serta kos acara. Ini adalah acara kerajaan negeri dan mengikut prinsip pasaran.”
Beliau menjawab Ketua Penerangan Warisan Kota Kinabalu Samuel Wong, yang mempersoalkan mengapa peniaga perlu membayar kepada sebuah pusat komuniti dan bukan terus kepada DBKK.
Advertisement“Sebuah badan nampaknya bertindak sebagai orang tengah untuk mengaut keuntungan daripada wang hasil titik peluh rakyat dengan mengenakan sewa setinggi RM550 bagi tiga hari di Foh Sang,” kata Wong.
Beliau menuntut penjelasan mengenai siapa yang membenarkan pusat komuniti terbabit menetapkan kadar sewa, hubungan badan itu dengan DBKK serta sama ada ia mengaut keuntungan menggunakan sumber DBKK.
AdvertisementPhoong berkata sejak mengambil alih tugas pada 2018, misinya adalah untuk menghidupkan kembali Foh Sang agar lebih meriah dan menarik.
Katanya, konsep memperluaskan pasar malam Tahun Baru Cina selama beberapa hari, lengkap dengan khemah standard, pentas persembahan, usaha penjenamaan dan hiasan perayaan, bertujuan mewujudkan suasana lebih meriah yang menguntungkan peniaga.
Menurutnya, bayaran RM550 meliputi kos khemah, pencahayaan, sistem bunyi, persembahan tarian singa, elaun sukarelawan, kawalan lalu lintas dan lain-lain.
“Peniaga tidak perlu lagi memandu masuk ke Foh Sang untuk memasang khemah mereka. Sistem ini sangat membantu peniaga separuh masa, pemilik gerai warga emas serta usahawan wanita muda, kerana mereka hanya perlu membawa peralatan memasak dan mula berniaga,” kata Phoong.
Katanya, Pasar Malam Kaamatan di KDCA, peniaga gerai perlu membayar lebih RM1,000 sehari melalui sistem bidaan tanpa sebarang aduan.
Wong yang mengunjungi Pusat Khidmat Rakyat Luyang kemudian memuat naik video di Facebook, memaparkan dirinya bertanya kepada kakitangan mengenai struktur bayaran tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak menerima jawapan yang jelas, malah beberapa individu kelihatan beremosi.
Mereka menegaskan bahawa sesiapa yang tidak berpuas hati dengan caj terbabit boleh datang sendiri ke pusat itu untuk bertanya. Wong berkata beliau mewakili rakyat dan bertanyakan soalan yang sah.
“Ke mana perginya baki wang tersebut?” soal Wong, tetapi tidak mendapat jawapan jelas selain dimaklumkan bahawa caj tambahan digunakan untuk ‘pengurusan’, hiasan dan pelbagai perbelanjaan lain.
Wong telah membawa perkara ini kepada DBKK untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan dijangka mengeluarkan kenyataan media pada Khamis.



