#RENUNGAN Masjidil Haram Sedia Terima Jemaah Pada Malam 10 Terakhir Ramadan

10 Apr 2023 • 11:45 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hari ini, pihak Masjidil Haram telah mengumumkan mereka bersedia untuk menerima jemaah yang mahu hadir pada 10 malam terakhir bulan Ramadan akan datang.

Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al Sudais memberitahu projek peluasan Masjidil Haram Fasa Ketiga memberi peluang buat jemaah untuk beribadah di sana lebih selesa.

Keselesaan jemaah

image is not available

Memetik laporan Sinar Harian, presiden itu berkata pembukaan kawasan baru itu selaras dengan peningkatan jumlah jemaah umrah sempena musim kemuncak, Ramadan.

Pelan perkhidmatan itu dilaksanakan di semua ruang termasuk pembukaan kawasan parkir serta lorong untuk kedatangan jemaah dari terowong Jarwal dan Jabal al-Kaabah.

Dalam pada masa yang sama, petugas di sana akan mempergiatkan operasi pembersihan dan memastikan air zam-zam sentiasa diagihkan dengan sempurna kepada pengunjung.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved