Replika Al-Quran Gergasi Jadi Tarikan Pengunjung Serata Asia

7 May 2023 • 5:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Replika Al-Quran Gergasi Jadi Tarikan Pengunjung Serata Asia

YALA — Penciptaan replika Al-Quran gergasi oleh penduduk Kampung Pa Pungoh, Thailand berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung setiap hari.

Memetik Sinar Harian, replika kitab suci tersebut dibina bersempena Sambutan Syawal sejak dua minggu lalu.

Menurut Penghulu Kampung, Thalib Mustopa, 59, dia tidak menyangka pembinaan replika itu bakal menarik perhatian ramai.

Difahamkan, bukan sahaja pengunjung tempatan yang terpesona dengan ciptaan itu bahkan pengunjung dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Arab Saudi dan banyak lagi.

image is not available
Gambar: Sinar Harian

Tambah Thalib, ia sudah menjadi tradisi penduduk kampung di situ membina pintu gerbang sebagai salah satu lambang kemelayuan setiap kali ketibaan Syawal.

Bagaimanapun, pada tahun ini mereka ingin tampil sedikit berbeza dengan menghasilkan replika Al-Quran gergasi. Turut dibina bersama adalah replika Gua Hira dan Uhud.

Idea Pembinaan Replika “Giant” Al-Quran

Jelas Ketua Kampung tersebut, idea penghasilan replika itu dicetuskan oleh Imam, Mat Rokey Wan Kechik, 57.

Sejurus itu, pembinaan replika mengambil masa selama 22 hari. Ia dilakukan secara gotong-royong selepas sunat Tarawih.

Pembuatan Replika Al-Quran

image is not available
Gambar: Sinar Harian

Menariknya tentang replika kalam Allah itu menggunakan sepenuhnya hasil tulisan tangan. Penulisannya mengambil masa selama lapan hari bagi siap sepenuhnya. Manakala bahan yang digunakan untuk pembuatan replika Al-Quran menggunakan batu dan papan.

Ketinggiannya mencapai 3.6 meter dan selebar 5.2 meter.

Maklum Thalib lagi, replika Al-Quran itu mendapat sumbangan orang ramai dan menelan kos bernilai RM750. Sehingga kini, ia menjadi bualan mulut orang ramai.

“Berkenaan dengan pemilihan surah Al-Israa, ia diambil sempena peristiwa Israk Mikraj.

“Setakat ini pengunjung yang hadir pernah mencecah lebih 14,000 hingga 15,000 orang sehari.

“Selain kampung ini mulai dikenali ramai, ia juga membuka peluang rezeki kepada penduduk di sini yang membuka gerai jualan makanan serta minuman kepada pengunjung,” ujarnya.