“Reputasi Dan Nama Baik Kami Musnah” – Resort Terkenal Di Johor Ambil Tindakan Undang-Undang, Bakal Saman Norreen Iman?

17 Aug 2023 • 2:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara ulasan servis tidak memuaskan oleh pelakon Norreen Iman dan juga pensohor media sosial Bella Khan, sebuah resort terkemuka di sebuah pulau di Johor memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan undang-undang.

Menurut pihak pengurusan resort tersebut, pelakon tersebut tidak membuat sebarang aduan ketika menginap di pusat penginapan yang disewa sebaliknya memilih untuk mendedahkannya di media sosial.

Ujar mereka lagi, terdapat komunikasi secara langsung antara pihak pengurusan dan pelanggan ketika mereka menginap di sana atas sebab-sebab yang diketahui mereka tetapi tidak boleh didedahkan.

Pihak pengurusan resort tersebut dilaporkan sudah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah termasuk kedua-dua influencer tersebut.

Terdahulu, Norreen dan Bella Khan dilaporkan telah membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk menginap di resort tersebut namun menerima layanan tidak memuaskan dari segi servis staff resort dan juga perkhidmatan yang disediakan sepanjang penginapan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Guna Isu Kanak-Kanak Didera Ibu Dan Tomboi Sebagai Bahan Promosi, Spa Kecantikan Terkenal Dikecam

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved