Resipi ayam kukus pedas versi paling senang serius sedap!

Cooking
7 Sep 2023 • 2:21 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

RESIPI yang ringkas biasanya tidak pernah mengecewakan seperti menu ayam kukus pedas ini.

Walaupun tampak macam biasa saja, warna pucat dan tidak garing namun ia sangat sedap. Sihat pula dari sudut kesihatan.

Ayam kukus memang antara hidangan yang cukup sihat. Ia tidak berminyak, tidak
berkolesterol tinggi. Sesuai untuk orang yang sedang berpantang mahupun diet.

Mudah sahaja resipi ini. Bagi anda yang bukan sahaja ingin berjimat-cermat dan menjaga
kesihatan, bolehlah cuba resipi ayam kukus pedas versi paling senang ini.

image is not available

Dengan penggunaan bahan-bahan yang sedikit sahaja, sesiapa pun boleh menyediakannya.

Bahan-bahannya;

  • Ayam kukus;
  • Ayam
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Gula
  • Tepung jagung
  • Halia (dihiris halus)

Bahan sambal cili;

  • Bawang putih
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Serbuk ayam
  • Garam
  • Gula
  • Minyak panas

image is not available

Cara membuatnya;

1. Gaul sebati ayam bersama sos tiram, kicap cair dan gula. Tambahkan tepung jagung dan
halia kemudian gaul.

2. Masukkan ke dalam bekas pengukus, kukuskan atau stim sehingga 30 minit. Biarkan tunggu sehingga masak.

3. Untuk sambal pula, kisar kasar atau chopper bawang putih, cili merah dan cili padi.
Kemudian masukkan serbuk ayam, garam dan gula. Gaul sebati.

4. Tuangkan minyak yang sedang mendidih ke dalam bancuhan sambal tadi. Gaul-gaul siap
untuk dihidang bersama ayam kukus. Curahkan sambal cili ke atas ayam.

Selamat mencuba!

Sumber: nadma.sak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!