“Respect the traditional” – Caprice Tegur Pereka Fesyen Baju Melayu ‘Transparent’

Entertainment
29 Mar 2024 • 11:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya setiap tahun akan ada isu tentang baju melayu yang direka pelik daripada kebiasaan baju tersebut. Kalau tahun sebelum ini baju melayu bersaiz besar, kali ini tular pula baju melayu transparent ataupun lut sinar.

Bagaimanapun, pereka fesyen baju melayu kontroversi itu telah ditegur secara umum oleh seorang penyanyi, Caprice.

Bukan fesyen tapi rosakkan tradisi melayu

Baju tradisional tersebut dinamakan sebagai ‘Baju Melayu See-Through’ yang mana ia diperbuat daripada kain lut sinar yang boleh menampakkan tubuh badan model lelaki. Menurut Caprice, baju melayu lut sinar tersebut seolah-olah telah merosakkan tradisi melayu.

Kadang-kadang ada benda yang kita perlu biarkan ia tradisional. Kalau nak kreatif, mung boleh buat hoodies lut sinar, jaket lut sinar atau beg tangan lut sinar.

Kalau pakaian tradisional, biarkan ia tetap tradisional. Hormat benda-benda tradisional.

“Apa salahnya belanja..”

Dalam video tersebut juga, pereka fesyen itu mengulas pendek tentang baju melayu lut sinar yang direka dan menganggap tidak salah untuk model tersebut ‘belanja’ tubuh badannya sendiri. Caprice turut menegur pereka fesyen itu tentang konsep ‘belanja’.

Kalau akak nak belanja kita makan, minum… kita ok. Tapi, kalau akak nak design baju melayu, nak belanja puting…

Bab pakaian tradisional seperti baju melayu, kita kena sentiasa hormat tradisi – kapsyen hantaran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak setuju dengan fesyen baju melayu yang mengarut tersebut kerana ia telah merosakkan tradisi.

image is not available image is not available image is not available

Setuju apa yang Caprice cakap..

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.