Respon Protes Jerman, Penyokong Qatar Angkat Gambar Mesut Ozil Di Piala Dunia

29 Nov 2022 • 11:00 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Respon Protes Jerman, Penyokong Qatar Angkat Gambar Mesut Ozil Di Piala Dunia

Jerman baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila turun bergambar dengan gaya tutup mulut dalam perlawanan Piala Dunia ketika bertemu Sepanyol. Tindakan berkenaan dibuat dipercayai kerana tida berpuas hati dengan beberapa peraturan yang ditetapkan oleh tuan rumah, Qatar dan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Bagaimanapun, penyokong-penyokong bola sepak, khususnya dalam kalangan peminat tuan rumah, mempunyai cara tersendiri untuk membalas kritikan tersebut.

image is not available
Kredit: Twitter

Baru-baru ini, lensa kamera di Piala Dunia berjaya merakam momen dimana para peminat di stadium dilihat menaikkan sepanduk atau poster yang menunjukkan wajah bekas pemain kebangsaan Jerman, Mesut Ozil. Menariknya, mereka mengangkat poster Ozil itu sambil menutup mulut, dipercayai sebagai simbolik kritikan balas kepada skuad Jerman.

Terdahulu, Ozil pernah memuat naik satu kenyataan secara panjang lebar di media sosialnya susulan kekalahan memalukan Jerman, yang tersingkir awal di Piala Dunia 2018, di Rusia. Banyak pihak termasuk penyokong tuan rumah, ketika itu didakwa menjadikan Ozil sebagai kambing hitam.

‘Saya adalah rakyat Jerman, jika pasukan saya menang. Tetapi, saya merupakan seorang imigran ketika pasukan kami mengalami kekalahan,’ kata Ozil selepas pasukannya tersingkir pada Piala Dunia Rusia 2018 lepas.

Selain itu, Ozil juga dikritik oleh media tempatan apabila gambarnya bertemu dengan Presiden Turkiye, Erdogan menjadi viral di merata platform media sosial. Untuk makluman, Ozil dilahirkan di Jerman namun kedua-dua ibu bapanya merupakan warga Turkiye.

image is not available
Kredit: The Guardian

Tindakan boikot penyokong Qatar telah mendatangkan kesan kepada pasukan Jerman

image is not available
Kredit: Eurosport

Sementara itu, salah seorang pemain senior skuad Jerman, Ilkay Gundogan memaklum pihaknya tidak merancang untuk melakukan sebarang protes lagi selepas ini.

“Sejujurnya, pada pandangan peribadi saya, masa untuk berpolitik sudah tamat. Warga Qatar sangat berbangga untuk menjadi penganjur Piala Dunia, dan mereka negara Islam pertama berbuat demikian.

”Saya juga berasal daripada keluarga Islam, jadi komuniti Islam juga merasa bangga. Sekarang, masanya untuk semua fokus kepada bola sepak,” katanya.

Umber: Metro.uk