Restoran Dolly Dim Sum umum peroleh sijil Halal JAKIM

LocalFood
28 Nov 2024 • 10:07 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Status halal bagi sesebuah restoran atau kedai makan sangat penting bagi menyakinkan pelanggan untuk menikmati sesuatu hidangan tanpa was-was.

Bagi sesebuah restoran tular, sudah pastinya majoriti masyarakat Islam inginkan kepastian status halal restoran berkenaan.

Berita baik buat penggemar makanan masakan cina, restoran terkenal, Dolly Dim Sum telah mengumumkan beberapa cawangan restoran berkenaan telah memperoleh sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa cawangan Dolly Dim Sum kini secara rasmi telah mendapat sijil halal daripada JAKIM. Ini terbukti bahawa kami sangat komited untuk menyediakan sajian makanan yang berkualiti kepada pelanggan termasuk mendapat pengiktirafan Halal.

“Justeru itu, kami amat berterima kasih atas sokongan pelanggan setia kami dan atas kepercayaan yang diberikan,” katanya.

Dalam hantaran di media sosial Dolly Dim Sum itu turut mengemas kini beberapa cawangan yang telah memperoleh sijil halal.

“Cawangan yang telah menerima sijil halal adalah Dolly IOI City, Aeon Shah Alam, Setia City, Sunway Pyramid, KL East, The Curve, Sunway Putra, Suria KLCC, Pavilion, NU Sentral, East Coast Mall,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved