
Good news buat warga Serian!
Restoran Fast Food Terkenal, MCD Bakal Buka Cawangan Pertama Di Serian. Hari ini, media sosial dikejutkan dengan berita yang cukup menggembirakan, terutamanya bagi warga Serian, Sarawak. McDonald’s, atau lebih mesra dikenali sebagai MCD, bakal membuka cawangan pertama mereka di daerah tersebut.
Ini bermakna, warga Serian tidak lagi perlu meredah jarak yang jauh ke Kuching untuk menikmati pelbagai menu lazat yang disediakan oleh rangkaian restoran fast food terkenal ini.

Bagi penduduk sekitar, pembukaan cawangan McDonald’s ini bukan sahaja membawa kegembiraan tetapi juga menyediakan lebih banyak pilihan makanan kepada komuniti Serian.
Bagi mereka yang sering merindui rasa Big Mac, McNuggets, atau McFlurry, tidak perlu lagi merancang perjalanan jauh ke Kuching.

Dengan pembukaan cawangan baru ini, semua hidangan MCD kini berada di hujung jari warga Serian.

Diharapkan dengan kehadiran McDonald’s di Serian, lebih banyak jenama dan perniagaan lain akan melihat potensi dan peluang di daerah ini, membawa lebih banyak peluang dan kemudahan kepada penduduk setempat.
Difahamkan, lokasinya terletak berhadapan dengan One Stop Superstore, Serian.


