Restoran GISBH Di Singapura Tarik Perhatian, Ada Yang Kongsi Pengalaman Makan Di Situ!

Entertainment
19 Sep 2024 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, ramai yang semakin cakna berkenaan isu Global Ikhwan Services Business Holdings (GISBH) susulan penahanan beberapa pemimpin kanan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu dan isterinya.

Penahanan itu selepas adanya laporan rumah amal kendalian syarikat itu didakwa melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata maklumat lanjut mengenai penahanan itu akan diumumkan nanti.

Dalam pada itu, di TikTok pula tular sebuah video yang memaparkan salah satu restoran milik GISBH yang terletak di Singapura.

Tidak seperti di Malaysia, restoran itu diberi nama Mihrimah Restaurant namun logo serta warna papan tanda restoran itu sama seperti di Malaysia.

Difahamkan, restoran itu terletak berdekatan Masjid Sultan yang ikonik di Singapura, restoran itu menyajikan makanan Melayu serta makanan seperti roti canai dan sebagainya.

Pun begitu, ramai juga orang tempatan yang berkongsi pengalaman makan di situ dan rata-rata memuji kesedapan masakan di situ, namun ramai juga yang sudah memboikot restoran tersebut selepas GISBH terpalit dengan isu tersebut.

image is not available

Korang pernah makan kat restoran ni tak?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.