Restoran Jepun Tersembunyi, Ketahui Sushi House Kuching Di TT3 Tabuan Tranquility

26 Dec 2023 • 4:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mungkin anda tak perasan ada restoran Jepun tersembunyi ini

Restoran Jepun Tersembunyi, Ketahui Sushi House Kuching Di TT3 Tabuan Tranquility. Bagi penggemar makanan Jepun, terdapat satu restoran Jepun tersembunyi di Kuching yang mungkin anda tidak perasan selama ini!

Terletak di TT3 Plaza Tabuan Tranquility, Kuching, Sushi House menawarkan pelbagai jenis hidangan Jepun dengan harga yang berpatutan!

image is not available
Restoran Jepun Tersembunyi, Ketahui Sushi House Kuching Di TT3 Tabuan Tranquility. Kredit foto: FB Stella

Suasana yang menarik, sesuai untuk hangout santai

Suasana restoran ini adalah santai dan pelbagai jenis makanan yang dihidangkan. Jika anda sedang mencari sesi melepak santai bersama rakan-rakan, Sushi House sememangnya tempat yang bagus!

image is not available
Kredit foto: FB AH Shan

image is not available
Kredit foto: FB Henzie Lai

Antara makanan Jepun yang dihidangkan di sini adalah sashimi, maki roll, temaki, yakimono, dan sudah tentu sushi. Malah, mereka juga menawarkan sushi staircase sebagai cara unik untuk menghidangkan sushi mereka – pastinya sesuatu yang anda boleh ambil gambar jika anda suka mengambil gambar makanan anda!

image is not available
Sushi staircase. Kredit foto: FB Sushi House Kuching Sarawak

image is not available
Kredit foto: FB Lannie NNing

image is not available
Kredit foto: FB Irene Tan

Harga hidangan antara RM10-RM20 manakala sushi bermula dari RM3 – RM5 ke atas (bergantung kepada jenis sushi).

Anda boleh memohon keahlian untuk mendapatkan ganjaran juga

Bukan sahaja anda boleh menikmati makanan Jepun di sini, Sushi House juga menawarkan membership bagi mereka yang berminat.

image is not available
Kredit foto: FB Ah Wei

Sekiranya anda memohon membership Sushi House, anda boleh mengumpul mata dan tebus hidangan percuma atau diskaun setelah anda mencapai mata yang mencukupi untuk berbuat demikian! Sugoi~

Nak cuba makanan Jepun di Sushi House? Anda boleh rujuk butiran di bawah:

Cawangan TT3: Ground Floor, Sublot 69-70, Survey Lot 3570-3571, TT3 Plaza Tabuan Tranquility Phase 3 Stage 2, Jalan Canna, 93350 Kuching

Cawangan Metrocity: Matang/MetroCity, 6027,Lorong Metrocity Height 1, Jalan Matang, Taman Fah Tah, 93050 Kuching

Cawangan TT3: Setiap hari (11 pagi – 9 malam)

Cawangan Metrocity: Setiap hari (11 pagi – 10 malam)

Cawangan TT3: 017-638 0016

Cawangan Metrocity: 016-851 5575

Selain itu, boleh usha tempat makan lain di Kuching, artikel penuh di bawah:

https://www.iloveborneo.my/sarapan-kuching-canai-anjang-plaza-astana/

https://www.iloveborneo.my/kedai-bakeri-sarawak-taka-halal-1986/