
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Usahawan dan influencer terkenal, Khairul Aming (KA) tampil dengan pengumuman terbesarnya apabila dia membuka restoran fizikal pertamanya selepas 10 tahun berniaga secara online. Kalau anda nak tahu, kedai makan yang diberi nama Rembayung itu mula beroperasi hari ini (6 Januari).
Sejak hebahan dan promosi dijalankan, orang ramai terutamanya peminat produk KA menunjukkan pelbagai reaksi yang mana hampir keseluruhan daripada mereka berasa tidak sabar menunggu tarikh pembukaan.
Bak kata KA sebelum ini, walaupun kedai tersebut belum dibuka dan masih dalam proses persediaan, tetapi sudah ramai sudah berkumpul sekeliling restoran yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu.
Baca Artikel Berkaitan: Rembayung Tawar ‘Kids Meal’, Khairul Aming Terima Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Bakal Buka Restoran Pertamanya, Rembayung Dengan Kos RM4 Juta Di KL [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Belum Beroperasi Namun Restoran Khairul Aming, Rembayung Sudah Dapat Reviu Negatif Di Google
Wanita Kecewa Tak Lepas Booking Slot Di Rembayung
Pada Ahad lalu (4 Januari), KA telah membuka tempahan online buat mereka yang mahu dine-in di Rembayung. Oleh disebabkan trafik pengguna laman website yang terlampau ramai pada waktu itu, KA terpaksa mengehadkan tarikh yang boleh dipilih untuk melakukan tempahan.
Perkara sama dilakukan bagi mengelakkan laman sesawang booking Rembayung crash (rosak) sekali lagi. Bagaimanapun tindakan tersebut telah mengundang kekecewaan segelintir pihak.
Seorang wanita menerusi laman Threads sebelum ini meluahkan rasa hampa apabila sistem tempahan dibuka untuk tujuh hari sahaja bermula dari 6 Januari.
Jelasnya, tidak semua pelanggan mempunyai masa untuk sentiasa melayari website terbabit bagi merebut dan memilih tarikh serta slot makan di Rembayung.
Bagi pandangan wanita itu, KA sepatutnya memikirkan keadaan pelanggannya dan membuka slot booking untuk tempoh masa yang lebih lama.
“Alamak punya la ramai masuk (website Rembayung), KA cuma buka booking untuk tujuh hari ke depan je. Common KA, tak semua orang ade masa free untuk booking sahaja. Ya Allah, buka la sampai tiga bulan ke. Kecewanya aku,” luahnya.
Untuk info, booking makan di Rembayung hanya dibuka maksimum lapan pax sahaja untuk satu tempahan.

Orang Ramai Perlu Kekal Tenang, Rembayung Baru Sahaja Mula Operasi
Menerusi semakan kami, ramai juga yang mempersoal tindakan individu yang meluahkan rasa berang selepas tidak berjaya mendapatkan slot dine-in di Rembayung bagi minggu pertama ia mula beroperasi.
“Weh pasal Rembayung tu kan, dia bukan buka sehari je. Kenapa semua kalut ni? Bawa mengucap semua,” ujar seorang netizen.
View on Threads
KA Mungkin Akan Rugi Jika Buka Slot Banyak Untuk Booking
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan pandangan wanita berkenaan selain meminta orang ramai untuk bersabar memandangkan kedai itu baru dibuka.
“KA memang nak kena ikut masa kau ke? Kau siapa?” tanya seorang wanita.
“Tak larilah Rembayung tu halah-halah,” tambah seorang lagi netizen.
Menurut seorang individu, KA berkemungkinan akan mengalami kerugian sekiranya membuka slot dalam tempoh tarikh yang panjang.
“Kalau dia buka sampai tiga bulan, lepas tu orang main booking je, tak pergi la, cancel la, dia yang rugi. Deposit pun RM10 (seorang) je. Kalau dia buka lama nanti (orang yang fear of missing out) FOMO akan sengaja book. Belum kira yang akan jual seat dekat orang lain lagi,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, netizen juga berharap agar orang ramai memberi ruang kepada Khairul Aming untuk mengendali dan menjalankan bisnesnya terlebih dahulu selain memberi masa kepadanya untuk mempelajari tentang selok belok dunia perniagaan.
“Saya rasa ni tempoh percubaan je. Dia nak kumpul data trafik, dan anggaran pax untuk setiap booking. Lepas tu, dia akan buat analisis dan perbaiki website dia (Rembayung) daripada situ. Sabar la orang tu baru nak mula buka restoran. Ni proses pembelajaran untuk dia dan team,” kata seorang warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:






