“Lauk portion banyak, kedai sangat cozy” – Pelanggan Pertama Sambut Hari Jadi Di Rembayung Bagi ‘Feedback’ Positif

LocalFood
6 Jan 2026 • 5:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari pertama restoran Rembayung milik pempengaruh Khairul Aming dibuka, pastinya mereka yang telah membuat tempahan teruja untuk menikmati resepi masakan kendalian pempengaruh yang cukup terkenal dengan trademark “Hey what’s up guys” ini.

Oleh itu, antara pelanggan pertama yang berjaya ke restoran tersebut tampil memberikan review jujur terhadap suasana kedai dan menu makanan yang disediakan dan ia sekaligus membuatkan ramai warganet bertambah teruja.

Suasana cozy, staf baik, paling penting lauk sedap portion banyak!

image is not available

Menerusi Threads, pelanggan yang dikenali sebagai @wthiqah_ ini menggunakan peluang dengan menjadikan Rembayung sebagai lokasi untuk menyambut hari jadi. Melihat gambar resit yang dilampirkan dalam hantaran tersebut, pelanggan ini menempah sebanyak 16 jenis menu dari Rembayung dengan jumlah keseluruhan hanya RM360.35 sahaja

image is not available

Dalam hantaran yang sama, wanita ini memberikan review setiap menu yang ditempah seperti yang dinyatakan di bawah.

image is not available image is not available

Secara keseluruhan, pelanggan tersebut berpuas hati menikmati makanan yang ada di Rembayung dan memuji persekitaran kedai makanan serta sikap para pekerjanya yang baik hati.

image is not available

Feedback jujur tersebut dilihat telah menarik perhatian Khairul Aming sendiri dan beliau menghargai review daripada pelanggan ini. Khairul Aming juga turut mengucapkan tahniah kepada pelanggan ini kerana menjadi pelanggan pertama yang sambut hari jadi di restorannya.

image is not available

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.