Restoran ‘sizzling’ tiada sijil halal didenda RM18,000 guna kalimah Allah, Muhammad

LocalFood
16 Sep 2026 • 1:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Restoran ‘sizzling’ tiada sijil halal didenda RM18,000 guna kalimah Allah, Muhammad

TAIPING – Sebuah pemilik restoran sizzling (panas berdesir) di sini didenda RM18,000 Mahkamah Sesyen Taiping kelmarin selepas didapati bersalah meletakkan kalimah Allah dan Muhammad di dalam premis.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kesalahan dilakukan tersebut adalah di bawah Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Beliau berkata, pada 1 Januari lalu kira-kira pukul 1.16 petang, sepasukan anggota serbuan dari Bahagian Penguatkuasa KPDN cawangan Taiping telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah restoran sizzling di Jalan Kamunting di sini.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut telah mendapati ada menggunakan representasi yang berkaitan dengan agama Islam melalui hiasan gantung tertera kalimah Allah dan Muhammad. Semakan status pengesahan Sijil Halal Malaysia melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak mengesahkan restoran tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Kamalludin berkata, hasil analisa oleh Jabatan Kimia turut mendapati dua botol kicap yang disita mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Beliau berkata, pemilik restoran sizzling telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM18,000. – KOSMO! ONLINE

The post Restoran ‘sizzling’ tiada sijil halal didenda RM18,000 guna kalimah Allah, Muhammad appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved