Restoran ‘Sizzling’ didenda RM18,000 gara-gara status halal mengelirukan

LocalFood
14 Sep 2026 • 9:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Restoran ‘Sizzling’ didenda RM18,000 gara-gara status halal mengelirukan
Tertuduh telah mengaku bersalah, sebelum mahkamah menjatuhkan denda RM18,000 terhadap pemilik restoran "sizzling” tersebut.

IPOH - Seorang pemilik sebuah restoran "sizzling” didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping hari ini selepas mengaku bersalah meletakkan kalimah "Allah” dan "Muhammad” di dalam premis tersebut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata sepasukan anggota serbuan dari Bahagian Penguatkuasa KPDN cawangan Taiping telah membuat pemeriksaan terhadap restoran tersebut di Jalan Kamunting, Taiping pada 1 Jan lepas.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut ada menggunakan representasi yang berkaitan dengan Islam melalui hiasan gantung tertera kalimah "Allah” dan "Muhammad”.

"Semakan status pengesahan Sijil Halal Malaysia melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak mengesahkan restoran tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. 

"Hasil analisis oleh Jabatan Kimia Malaysia mendapati dua botol kicap yang disita mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kamalludin berkata kes dikendalikan pegawai pendakwa Mohamed Nizam Mohamed Yunan dengan tertuduh Seah Thien Lim, 43, telah mengaku bersalah, sebelum mahkamah menjatuhkan denda RM18,000 terhadap pemilik restoran "sizzling” tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved