
Sebuah restoran teruk dikecam apabila membuat konten seperti mempersenda golongan Orang Kurang Upaya (OKU) selepas staf yang ada di dalam video berpura-pura seperti tidak normal.
Video di restoran
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Amir Azam, pekerja di staf di restoran tersebut telah membuat konten dengan berperilaku seperti OKU sewaktu melakukan tugas di kedai makan berkenaan.
@amirazam94 Tengok Video ini sampai habis.. untuk owner kedai @achiksteamboat_shellout harap jangan ulangi kontent video sebegini rupa.. #fypシ゚viral #fypシ
Restoran teruk dikecam, tak hormat golongan OKU
Amir yang juga merupakan seorang usahawan meminta agar pihak restoran lebih cakna dan memadamnya kerana ia seperti tidak menghormati golongan istimewa berkenaan.
Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata mengecam tindakan yang dibuat oleh pihak restoran tersebut kerana melakukan tindakan tanpa langsung berfikir panjang.

Restoran teruk dikecam, konten bergurau tak kena tempat

Kita yang sempurna belum tentu setabah mereka


Restoran teruk dikecam tampil mohon maaf
Susulan daripada itu, pihak restoran yang membuat konten berkenaan telah tampil memberi penjelasan susulan video yang mereka kongsikan di akaun TikTok viral dan mendapat maklum balas negatif.
Ujar wakil kepada pihak restoran dikenali sebagai Siti, mereka sama sekali tidak berniat membuat video untuk mempersenda golongan OKU.
Jelasnya, konten yang dilakukan itu sekadar meniru video tular dari negara jiran di mana membuat raut wajah kurang cantik atau kacak sewaktu bekerja kerana diminta oleh pasangan masing-masing.
@achiksteamboat_shellout penjelasan atas video yang telah diviralkan:) kami memohon seribu kemaafan kepada semua orang #achiksteamboatandshellout #fyp #trending #mohonmaaf #viral #fypシ #steamboatandgrill
♬ original sound – Achik Steamboat & Shellout – Achik Steamboat & Shellout
Semoga dengan apa yang berlaku semua pihak dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran kerana ia melibatkan sensitiviti golongan tertentu.
Walaupun hanya berniat untuk bergurau dan konten sahaja, perlulah difikirkan kesan yang akan diperoleh memandangkan ia merupakan tatapan awam dan semua lapis masyarakat dapat melihatnya.
Sumber: TikTok Amir Azam, Achik Steamboat Shellout


