Restu TMJ Jadi Penentu? Calon Presiden FAM Perlu Ada Kepercayaan Baginda -Yusoff Mahadi

LocalFootball
20 Apr 2026 • 6:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemilihan Presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilihat bukan sekadar soal kelayakan, sebaliknya perlu mengambil kira faktor kepercayaan serta restu daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Individu yang dipilih wajar dapat kepercayaan baginda

Memetik laporan daripada Harian Metro, Bekas Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berpendapat, perkara itu penting bagi memastikan kesinambungan dan kestabilan dalam pentadbiran bola sepak negara.

“Jika Tunku Mahkota Ismail tidak mahu memegang jawatan Presiden FAM, maka individu yang dipilih wajar terdiri daripada mereka yang mendapat kepercayaan dan restu daripada baginda.
“Ini penting bagi memastikan kesinambungan perancangan serta kestabilan dalam pentadbiran bola sepak negara,” katanya.

Image from: Restu TMJ Jadi Penentu? Calon Presiden FAM Perlu Ada Kepercayaan Baginda -Yusoff Mahadi

Figura berpengaruh & konsisten dalam pembangunan bola sepak

Menurutnya, Tunku Ismail merupakan figura berpengaruh yang konsisten dalam pembangunan bola sepak negara, sekali gus memainkan peranan besar dalam ekosistem sukan tersebut.

Justeru, sokongan daripada baginda dianggap mampu membantu memperkukuh hala tuju FAM pada masa depan.

Image from: Restu TMJ Jadi Penentu? Calon Presiden FAM Perlu Ada Kepercayaan Baginda -Yusoff Mahadi

Dalam masa sama, Yusoff menegaskan jawatan Presiden FAM bukanlah mudah kerana individu yang dilantik perlu mempunyai ketahanan mental tinggi untuk berdepan tekanan dan kritikan berterusan, lebih-lebih lagi dalam era media sosial masa kini.

“Jawatan ini bukan mudah kerana kritikan sentiasa ada. Presiden FAM perlu berdaya tahan dan tidak mudah goyah dalam membuat keputusan,” ujarnya.

Tambah beliau, cabaran bola sepak moden memerlukan kepimpinan yang bukan sahaja berpengaruh, malah mempunyai jaringan luas serta sokongan kukuh bagi memastikan pembangunan sukan itu terus bergerak ke hadapan.

“Bola sepak hari ini memerlukan kekuatan dari segi jaringan, sokongan dan keupayaan menggerakkan keseluruhan sistem ke arah yang lebih baik,” katanya.

Image from: Restu TMJ Jadi Penentu? Calon Presiden FAM Perlu Ada Kepercayaan Baginda -Yusoff Mahadi

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)

The post Restu TMJ Jadi Penentu? Calon Presiden FAM Perlu Ada Kepercayaan Baginda -Yusoff Mahadi appeared first on Borak Daily.