
Selepas 8 tahun, Kim Woo-bin dan Suzy akan sekali lagi bergandingan dalam sebuah drama!
Untuk pengetahuan, Kim Woo-bin dan Suzy telah disahkan bakal terajui drama berjudul “Everything Will Come True”.
Untuk pengetahuan, “Everything Will Come True” ialah drama romantik komedi fantasi tentang jin yang terlalu emosi yang terperangkap di dalam lampu dan wanita yang membantunya melarikan diri dari penjara.
Baru-baru ini, kedua pelakon utama itu dilihat sedang menjalani penggambaran buat drama tersebut, yang diadakan di Dubai.

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsi, Susy tampil memakai blaus putih dan seluar jeans biru, manakala Kim Woo-bin pula tampil memakai kostum pelik, sesuai dengan wataknya sebagai jin Alladdin.
Meraih perhatian seluruh peminat di seluruh dunia, netizen rata-rata semakin teruja untuk menantikan keluaran “Everything Will Come True” tambahan pula, ini merupakan reunion mereka selepas sekian lama.
Sama-sama kita nantikan tayangan drama ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Reunion Selepas 7 Tahun, Ramai Teruja Lihat Kim Woobin & Suzy Jalani Penggambaran Drama Baru Di Dubai first appeared on KimchiDaily.my.


