[Review] Filem TERBANG Angkat Kisah Karamjit Singh & Team Rally Malaysia, Sarat Dengan Aksi Mendebarkan & Penuh Emosi

LocalMovie
15 Sep 2026 • 7:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

[Review] Filem TERBANG Angkat Kisah Karamjit Singh & Team Rally Malaysia, Sarat Dengan Aksi Mendebarkan & Penuh Emosi

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 14 September 2026, telah berlangsungnya Malam Gala Premiere filem Terbang di TGV Suria KLCC, sebelum menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September ini.

Dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak dan Shweta Sekhon, filem arahan Chiu Keng Guan ini membawa penonton menyelami dunia perlumbaan rali menerusi perjalanan pasukan Malaysia.

Ia turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Jack Tan, Namron, Qasrina Karim, Diana Danielle dan Luqman Hafidz.

Sinopsis

Secara ringkasnya, kisah Terbang berkisar mengenai Ajeet lakonan Irfan Zaini yang meninggalkan dunia rali demi mencari ketenangan bersama isterinya, Lisa (Shweta Sekhon). Namun Ajeet tidak menyangka dia akhirnya akan kembali ke trek selepas lima tahun membawa diri.

Kepulangannya menemukan Ajeet dengan Kitt (Jack Tan), seorang pemandu muda yang panas baran. Bersama pasukan mereka, Ajeet perlu berdepan persaingan sengit, konflik dalaman dan rasa bersalah yang masih menghantui dirinya sebelum kembali mengejar impian di pentas dunia.

Di sebalik deruman enjin dan kepantasan di trek, Terbang membawa sebuah perjalanan yang penuh dengan jatuh bangun. Keberanian untuk mengambil risiko, menunaikan janji dan terus melangkah walaupun berdepan kegagalan menjadi antara nadi yang menggerakkan filem ini.

Review – Bila Realiti Terasa Seperti Fiksyen

Apa yang membuatkan Terbang lebih menarik dari filem tempatan yang lain ialah cara kisah ini dipersembahkan. Dengan aksi yang cukup dramatik, penonton mudah terlupa bahawa apa yang sedang ditonton sebenarnya diadaptasikan daripada pengalaman sebenar.

Di bawah arahan Chiu Keng Guan, filem ini turut hadir dengan skala produksi yang besar menerusi penggambaran di beberapa lokasi termasuk New Zealand, sekaligus memberikan “feel” dunia rali itu rasa yang lebih luas dan menarik minat penonton.

Aksi Rali Yang Buat Adrenaline Naik 

Kalau babak perlumbaan menjadi taruhan utama, Terbang boleh dikatakan berjaya menunaikannya. Pelbagai teknik digunakan untuk merakam aksi berkelajuan tinggi, membuatkan kami terasa seperti berada betul-betul di dalam litar.

Visualnya pula cukup kemas dan jelas. Penggambaran di New Zealand memberikan impak besar, termasuk satu shot kereta yang kelihatan seolah-olah “terbang” dengan pergerakan yang begitu smooth. Colour grading yang klasik pula membuatkan visual filem ini nampak lebih menarik dan sesuai dengan jalan cerita yang berlatarbelakangkan tahun 2002.

Lakonan Yang Sampai Kepada Penonton

Dari segi lakonan, chemistry antara barisan pelakon terasa begitu natural. Gandingan Irfan Zaini dan Shweta Sekhon khususnya berjaya membawa sisi emosi cerita sehingga ada babak yang mampu membuatkan penonton tersentuh.

Zizan Razak pula antara yang paling mencuri perhatian dengan lakonannya yang spontan, manakala Irfan berjaya mengendalikan babak-babak berat dengan penyampaian emosi yang cukup berkesan.

Bila Bunyi Enjin Jadi Muzik

Sound design yang kuat dan jelas membuatkan setiap deruman enjin, bunyi tayar dan aksi perlumbaan terasa lebih hidup. Lagu tema Menyala nyanyian Amir Masdi yang merupakan OST pula menjadi pelengkap yang sesuai dengan semangat keseluruhan filem.

Menariknya, Terbang tidak membiarkan cerita terlalu berat dengan konflik. Aksi, humor, ketegangan dan emosi disusun dengan pacing yang seimbang, menjadikan perjalanan filem ini kekal menghiburkan dari awal hingga akhir.

Verdict (9/10)

Pada akhirnya, Terbang meninggalkan lebih daripada sekadar kesan selepas menyaksikan perlumbaan. Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik sebuah kejayaan, ada pengorbanan dan janji yang perlu dipertaruhkan.

Sebuah filem yang membuatkan kami bukan sahaja tersentuh dengan perjalanannya, tetapi turut berasa bangga melihat nama Malaysia dibawa sejauh ini. Kami memberi skor 9/10! 

Jadi, bagi yang meminati sukan rali atau F1, Terbang bukan filem patriotik biasa, ia memberi pengalaman yang luar biasa kepada semua. 

Jangan lupa tonton Terbang di semua pawagam tempatan mulai 17 September ini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved