[Review] KUDRAT 1968: High Council Sarat Dengan Aksi & Emosi, Filem Aksi-Drama Yang Patut Anda Tonton

LocalMovie
27 Oct 2026 • 4:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Filem aksi tempatan yang tidak henti diperkatakan, KUDRAT 1968: High Council bakal menemui peminat di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Oktober ini. 

Filem ini sekaligus akan membawa penonton menyaksikan percaturan terakhir yang bakal mengubah sejarah Kudrat.

Filem ini diterajui oleh showrunner merangkap pengarah Zulaikha Zakaria yang mengambil pendekatan ‘Satu Cerita, Dua Format’. Ia juga merupakan sambungan kepada 4 siri episod KUDRAT 1968:  yang ditayangkan awal Oktober ini. 

Sinopsis

Membawa tagline “Darah Kita Sama”, KUDRAT 1968: High Council menceritakan bagaimana Abbas yang dilakonkan oleh Zarif Ghazzi kembali ke KUDRAT, setelah kes kematian seorang pelajar, yang cuba disembunyikan oleh pihak tertentu.

Bukan setakat itu, konflik antara Piji lakonan Akmal Asyraf dan Pa lakonan Dai Fuad menjadi lebih tegang akibat dendam dan taraf yang tidak sekufu yang membawa kepada tercetusnya persengketaan di antara pelajar elit dan pelajar biasiswa.

Image from: [Review] KUDRAT 1968: High Council Sarat Dengan Aksi & Emosi, Filem Aksi-Drama Yang Patut Anda Tonton

KUDRAT 1968 ini membawa barisan pelakon muda tanah air yang sedang meningkat naik seperti Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Evertts Gomes.

Tidak lupa juga kepada barisan pelakon berkaliber seperti Zamarul Hisham, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Yasmin Hani serta pelakon-pelakon lain yang menghidupkan lagi filem ini. 

Review kami mengenai KUDRAT 1968: High Council

Baru-baru ini kami berpeluang menghadiri ke tayangan perdana gala dan sejujurnya sepanjang menonton kami sangat kagum dengan penulisan cerita. Bagaimana mereka mampu mengubah 180 darjah pandangan kami, mengenai sisi lain watak-watak utama dari siri ke layar perak. 

Image from: [Review] KUDRAT 1968: High Council Sarat Dengan Aksi & Emosi, Filem Aksi-Drama Yang Patut Anda Tonton

Sejujurnya, plot dia agak predictable tapi masih dapat memberi kejutan yang tidak disangka kepada penonton, lagi-lagi bagaimana mereka cantumkan persahabatan, keluarga dan warisan dalam sebuah naskah. Jalan cerita juga agak slow burn buat mereka yang selalu menonton genre aksi-drama.

Walau bagaimanapun, kekuatan filem ini terletak kepada peranan pelakon seperti Zarif Ghazzi serta rakan-rakan dapat membawa emosi dan konflik remaja sekolah yang agak kompleks dengan sangat baik. Lakonan Akmal Asyraff pula memberi impak yang besar dan mampu menjadi backbone kepada filem ini.

Image from: [Review] KUDRAT 1968: High Council Sarat Dengan Aksi & Emosi, Filem Aksi-Drama Yang Patut Anda Tonton

Bukan setakat itu, lakonan Dai Fuad yang begitu menjiwai watak membuatkan perasaan kami bercampur baur geram, marah dan sedih. Chemistry antara para pelakon juga ‘ngam’ dan tidak awkward. 

Image from: [Review] KUDRAT 1968: High Council Sarat Dengan Aksi & Emosi, Filem Aksi-Drama Yang Patut Anda Tonton

Bab aksi pula dipersembahkan dengan agak baik, intense dan agak dramatik. Namun perbezaan filem ini adalah kurangnya aksi buli berbanding siri dan filem terdahulu. 

Dari segi visual, sinematik, sound design dan keseluruhannya, kami rasa filem ini berjaya membuat penonton merasai vibe tahun 60-an serta lebih dekat dan mudah untuk dihadam. 

Rating: 8.8/10

Secara ringkasnya, KUDRAT 1968: High Council mempunyai banyak pesanan yang kita boleh ambil dan jadikan tauladan. Team kami nak pesan ni, buanglah segala teori dan perdebatan korang sewaktu menonton nanti tau! 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved