Ismail nafi bakal letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 12:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ismail nafi bakal letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN – “Memang banyak khabar angin yang tersebar, tetapi saya mendapat sokongan penuh ADUN kerajaan.”

Itu penegasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bagi menepis spekulasi kononnya beliau bakal melepaskan jawatan tersebut seperti yang hangat diperkatakan pelbagai pihak.

Sebaliknya beliau berkata, tumpuannya ketika ini adalah memastikan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dapat dibentangkan pada 27 November ini, selain membuat persiapan Belanjawan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Belanjawan ini penting. Saya berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama menjelang sidang DUN supaya kita dapat membentangkan dan meluluskannya dengan jayanya,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Gedong Lalang, Ampangan, di sini, hari ini.

Ismail berkata, satu lagi perbincangan akan diadakan pada hujung bulan ini bagi memuktamadkan belanjawan berkenaan, manakala peruntukan tersedia mencukupi dan kerajaan negeri kini menunggu perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk meneruskan proses berkenaan.

Mengulas kemungkinan pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu, Ismail berkata, perkara itu berkemungkinan menunggu keputusan mahkamah berhubung kesahihan pembatalan pelantikan 10 bekas Exco negeri. – KOSMO! ONLINE

The post Ismail nafi bakal letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved